Saturday 21 September 2019

3 Langkah Daftar Akaun Semasa CIMB 2019

Assalamualaikum, mek di sini!

Harini mek nak cerita pasal cara nak buat akaun semasa yang terkini. Kenapa la mek beriya sangat nak citer kat korang semua kan? sebab mek dah search kat web cara daftar terbaru guna online tapi tak cukup lengkap cara-caranya. Oleh itu, fuh... mek nak citer jugak kat sini sebab baru-baru ni mek pergi daftar akaun baru untuk bisnes baru mek. Alaaa mek biasher biasher jee. Belum jadi tokey lagi tapi mek da feeling-feeling tu memang ade. kihkih.

Antara Maybank dan CIMB sebenarnye mek prefer maybank sebab lebih secure tapi sebab tak cukup bajet nak buka akaun jadi mek pilih CIMB jela..

At first biar mek cerita dulu cara nak bukak akaun Maybank sebelum tahun 2019 :
1. Sediakan dokumen di bawah terlebih dahulu

  • Salinan SSM (3 muka surat) - Daftar la dulu SSM tu bayar RM75 jer. Kalo malas nak daftar walk-in sebab malas tunggu boleh la daftar secara on-line under agent SSM. (p/s : Boleh juga nak daftar dengan mek sebab mek pon agent SSM hehe. Nanti mek bagitahu caranya kat bawah sekali.)
  • Borang pendaftaran - Minta la sesiap dekat mana-mana branch Maybank berdekatan. Isi siap-siap sebelum nak pergi lagi sekali terus daftar sekali jalan jer.
  • Cop - Pastikan guna cop tu yang sama tau jangan tukar tukar design cop tu contoh masa kt bank guna huruf besar je semua sekali datang lagi sekali nak mohon geran ke pinjaman pakai cop semua huruf kecil. Dah tak valid ye sayang uiii.
2. Datang ke bank bawa semua barang di atas tu dan tunggu la pegawai bank siapkan dan sediakan RM2000 ye untuk buka saja. Biasa aku suggestkan kalo takde duit bole je nak pinjam bapak ke mak sedara ke mak nenek ke sebab korang cuma masukkan ke atm je sekali lepas tu esoknya da bole keluarkan tapi diorang akan caj RM50 untuk buka akaun. Haritu aku transfer je depan pegawai sebab duit dalam akaun personal. Pon bole jugerrr. Then siappp dah bole buat dah terus maybank online tu jangan lupa. Nanti korang nak cek duit keluar masuk satu hal pulak.

Cara buka akaun Maybank terkini takde pulak. Nanti korang bole la info info tau sape yang buat tu. boleh kte update sini. hehe.



Cara nak buka akuan CIMB tahun 2019 
1. Pergi ke bank bawa salinan SSM dan SSM original serta kad pengenalan
2. Isi borang yang diberikan.
3. Bagi duit RM1000 atau transfer online untuk buka akun dan siap!

Amboi dengan 3 langkah je da siap buka akun derrr! Hahahahahaha sebab sebelum ni mek benci betul CIMB nak daftar tapi mintak dokumen yang tak reasonable. Sekarang hampehhhh kau tadahhh je muka bawak semua tu siap terus hahaha.

Amacam complete ke idok cara aku yang sempoi ni?

Opppsss! Jap sesiapa yang memerlukan khidmat untuk daftar SSM boleh email mek di farahhafiz.work@yahoo.com

Hanya RM75 tidak termasuk caj perkhidmatan tau. Jimat duit minyak, duit grab, duit makan, duit kopi, duit kertas kehkehkeh.