Friday 15 November 2019

Menghabiskan Cuti Bersama Kiddos

Assalamualaikum guys

Semalam aku angkut Khaulah dan adik pergi Aeon sebab hubby malas nak work. Nasib dapat hubby kelek kesana kemari so 24 jam la depan mata. Takda la isu pura-pura bujang sebab dah depan mata ye dok kahkah. From Melor ke Pasir Mas ambil masa 45minit ya guys sebab nak ke ofis aku. Before ni ofis aku di Bazar Tok Guru jerrr. Tapi sebabkan tailor banyak dah ke Pasir Mas, so aku beralih arah ke sana dan bina kedai sendiri (partner punya) kat sana. 

Nak ceritanya, semalam plan nak pegi cuci mata je disebabkan kami berdua tiada mood nak buat kerja. Tapi kene jugak la masuk ofis settle postage dulu. Maklumlah takboleh nak harapkan staf saja sebab diorang masih lagi baru.

Beginilah pos setiap harinyo. Target nak 100 parcel sehari masih belum capai. Korang doakan ya!

Lepas siap semua ni baru la gerak ke Aeon Kota Bharu. Kat sini nak pergi mana je kalo shopping mall ada dua je. Kalo bukan Tesco, ke Aeon. Tapi Aeon besar sikit tu pegi sana ditambahla aku malas nak berpanas-panasan since ada budak kecik kan. Nak pegi pantai lambat sangat perjalanan. Dah sampai sana ohhh panas lagi. Kan dah cakap aku ni puteri lilin :D

Setiap minggu aku akan kesini so dah boleh teka da setiap kedai ada apa kat sana. Tapi semalam aku teringin nak naik dinosour yang ramai orang slalu naik tu.


Memula ajak khaulah main dia takut. Pahtu aku naik ngn adik. Then baru dia nak naik. Adui khaulah uii. Lenkali jangan macam macam la.

Naik dia 1 dewasa dan 1 budak cuma RM10 untuk 15minit.
(Sebab nak jimat aku berenti separuh jalan tukar dgn adik. wakakakaka)

After main aku g DIY nak cari cleaning house punya barang. Yezza dan adik dgn khaulah lagi sekali buat hal.


Tempat sedut jamban pon jadik eh korang. Alahai. Diorang ingat tu topi so letak atas pala. Choi.

Then kami pegi makan baru balik. Saje je nak cerita setiap minggu buat ape. Senang simpan sini esok esok dah jadi nenek aku bole cerita kat cucu aku ni mak bapak korang buat keje macam ni. wakakaka. Malu lantak korang la. Ada mak kesahh?

Saturday 21 September 2019

3 Langkah Daftar Akaun Semasa CIMB 2019

Assalamualaikum, mek di sini!

Harini mek nak cerita pasal cara nak buat akaun semasa yang terkini. Kenapa la mek beriya sangat nak citer kat korang semua kan? sebab mek dah search kat web cara daftar terbaru guna online tapi tak cukup lengkap cara-caranya. Oleh itu, fuh... mek nak citer jugak kat sini sebab baru-baru ni mek pergi daftar akaun baru untuk bisnes baru mek. Alaaa mek biasher biasher jee. Belum jadi tokey lagi tapi mek da feeling-feeling tu memang ade. kihkih.

Antara Maybank dan CIMB sebenarnye mek prefer maybank sebab lebih secure tapi sebab tak cukup bajet nak buka akaun jadi mek pilih CIMB jela..

At first biar mek cerita dulu cara nak bukak akaun Maybank sebelum tahun 2019 :
1. Sediakan dokumen di bawah terlebih dahulu

  • Salinan SSM (3 muka surat) - Daftar la dulu SSM tu bayar RM75 jer. Kalo malas nak daftar walk-in sebab malas tunggu boleh la daftar secara on-line under agent SSM. (p/s : Boleh juga nak daftar dengan mek sebab mek pon agent SSM hehe. Nanti mek bagitahu caranya kat bawah sekali.)
  • Borang pendaftaran - Minta la sesiap dekat mana-mana branch Maybank berdekatan. Isi siap-siap sebelum nak pergi lagi sekali terus daftar sekali jalan jer.
  • Cop - Pastikan guna cop tu yang sama tau jangan tukar tukar design cop tu contoh masa kt bank guna huruf besar je semua sekali datang lagi sekali nak mohon geran ke pinjaman pakai cop semua huruf kecil. Dah tak valid ye sayang uiii.
2. Datang ke bank bawa semua barang di atas tu dan tunggu la pegawai bank siapkan dan sediakan RM2000 ye untuk buka saja. Biasa aku suggestkan kalo takde duit bole je nak pinjam bapak ke mak sedara ke mak nenek ke sebab korang cuma masukkan ke atm je sekali lepas tu esoknya da bole keluarkan tapi diorang akan caj RM50 untuk buka akaun. Haritu aku transfer je depan pegawai sebab duit dalam akaun personal. Pon bole jugerrr. Then siappp dah bole buat dah terus maybank online tu jangan lupa. Nanti korang nak cek duit keluar masuk satu hal pulak.

Cara buka akaun Maybank terkini takde pulak. Nanti korang bole la info info tau sape yang buat tu. boleh kte update sini. hehe.



Cara nak buka akuan CIMB tahun 2019 
1. Pergi ke bank bawa salinan SSM dan SSM original serta kad pengenalan
2. Isi borang yang diberikan.
3. Bagi duit RM1000 atau transfer online untuk buka akun dan siap!

Amboi dengan 3 langkah je da siap buka akun derrr! Hahahahahaha sebab sebelum ni mek benci betul CIMB nak daftar tapi mintak dokumen yang tak reasonable. Sekarang hampehhhh kau tadahhh je muka bawak semua tu siap terus hahaha.

Amacam complete ke idok cara aku yang sempoi ni?

Opppsss! Jap sesiapa yang memerlukan khidmat untuk daftar SSM boleh email mek di farahhafiz.work@yahoo.com

Hanya RM75 tidak termasuk caj perkhidmatan tau. Jimat duit minyak, duit grab, duit makan, duit kopi, duit kertas kehkehkeh.